- Satu perancangan dan kawalan kerja yang ringkas dan tepat mengenai tindakan- tindakan yang perlu diambil dalam mengendalikan sesuatu aktiviti.
- Boleh berbentuk rangkaian data, soalan dan jawapan ataupun penyataan peringgatan yang diperlukan mengikut jenis / bidang aktiviti yang dilakukan. Seboleh-bolehnya, checklist disusun mengikut tertib turutan tindakan dimana sesuai.
- Berfungsi sebagai pelan tindakan didalam melaksanakan sesuatu aktiviti.
Kepentingan Senarai Semak :
Memberi peringatan dan semakan ke atas tindakan yang perlu diambil dalam melaksanakan sesuatu aktiviti harian seperti :-
- Mengelakkan berlakunya kecuaian, lupa, kesilapan dan pertindihan kerja.
- Menjadi asas kepada kawalan keselamatan terutama yang melibatkan aktiviti teknikal seperti jadual perjalanan permasangan dan pengekalan kualiti.
- Menjadi alat pengawasan yang mudah dirujuk dalam usaha menentukan tahap kecapaian kerja, mengesan kelewatan dan memudahkan mengambil tindakan awal jika terdapat masalah.
- Menjadi semakan terhadap perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum diteliti atau diluluskan seperti penyediaan kertas kabinet, kertas cadangan, atau yang berkaitan dengan pemprosesan lesen/permit/kelulusan. Menjadi alat mengawal dan menyelaras tindakan-tindakan yang diambil dari pelbagai unit dan mewujudkan disiplin dalam melaksanakan tugas.