MODUL 2 : MEMASANG PERKAKASAN KOMPUTER

PENGENALAN


Teknik pemasangan perkakasan komputer merupakan satu kemahiran yangsangat mudah dipelajari. Sebelum memulakan pemasangan, semua peralatan dan perkakasan yang lengkap perlu dibekalkan. Peralatan dan perkakasan tersebutdipastikan berada dalam keadaan yang baik. Semasa kerja pemasangan dilakukan pula, langkah-langkah keselamatan mengikut ”standard ISO” perlu diikuti. Teknik yang dilakukan juga hendaklah tertib agar kerja pemasangan berjalan dengan lancar dan sebarang masalah dapat dielakkan daripada berlaku.





LANGKAH KESELAMATAN


Semua orang perlu mematuhi dan mengamalkan langkah-langkah keselamatandalam setiap kerja teknikal yang dilakukan. Langkah-langkah keselamatan perludiambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan denganelektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan.