PEMASANGAN KOMPUTER

1. Gelang pembumi dipakai sebagai alat anti-static.

2. Penutup casing dibuka dan semua skru dikeluarkan dan pastikan skru mencukupi.

3. Wayar yang terdapat didalam casing dikemaskan.

4. Penutup soket 7 dibuka dan CPU dimasukkan.

5. Ram dipasang pada slot DDR-DRAM dengan cara menekan sahaja ram pada slot sehingga holder ram benar-benar menyokong. Pastikan pegang ram dengan betul.

6. Motherdoard dimasukkan ke dalam casing dan pastikan port COM 1 dikedudukan yang betul dan diskrukan.

7. Pasang CPU fan pada motherboard.

8. Kabel-kabel reben, CPU, sambungan COM 1 dan sambungan LPT 1 disambungkan pada bekalan kuasa dan motherboard.

9. Kabel-kabel kecil yang dilabelkan sebagai komponen HDP, LED, RESET dan POWER disambungkan pada motherboard.

10. Network card dipasang pada slot ISA.

11. Pasang pemacu cd/ dvd-rom.

12.Sambungkan SATA cable serta bekalan kuasa pada pemacu cd-rom.

13. Pasang pemacu cakera liut.

14. Sambungkan kabel cakera liut padanya dan pastikan hujung kabel sebelah lagi sudah sedia dipasang pada slot FDC. Sambungkan bekalan kuasa.

15. Pasang hard disk.

16. Sambungkan SATA cable serta bekalan kuasa pada hard disk.

17. Casing ditutup dan skru dengan kemas.

18. Monitor, keyboard disambung pada CPU.

19.Pasang kabel bekalan kuasa pada CPU dan monitor. Kabel VGA juga dipasang pada CPU dan disambungkan pada monitor.

20. Switch ON dan tunggu sehingga paparan keluar.