KESIMPULAN
Melalui teknik pemasangan perkakasan komputer ini, maka dapat mempelajari dengan lebih mendalam bagaimana setiap perkakasan komputer itu dipasang pada sebuah kotak komputer.
Sehubungan dengan itu, dapat mengetahui bagaimana penyambungan setiap kabel yang terdapat di dalam komputer itu dilakukan. Peyambungan yang dilakukan hendaklah teliti dan tepat agar komputer dapat berfungsi. Sekiranya terdapat kesalahan semasa kabel disambungkan, ini akan menyebabkan komputer tidak berfungsi dengan baik ataupun komputer tidak dapat berfungsi langsung.
Selain itu, dapat juga mempelajari langkah-langkah keselamatandalam kemahiran pemasangan komputer. Dengan ini, dapatlah mempraktikkannya semasa melakukan kerja-kerja amali kelak.
Kemahiran ini menambahkan lagi pengalaman seseorang dalam bidang komputer bersesuaian dengan jawatan sebagai juruteknik komputer.