MENGUJI UNIT SISTEM
PENGENALAN BIOS
BIOS, dalam pengkomputeran, membawa maksud kepada Basic Input/Output System (Sistem Input/Output Asas) atau Basic Integrated Operating System (Sistem Pengendalian Bersepadu Asas). BIOS merujuk kepada kod perisian yang dijalankan oleh komputer apabila ia mula dihidupkan. Fungsi utama BIOS ialah untuk menyediakan mesin supaya aturcara perisian lain yang disimpan di pelbagai media (seperti cakera keras, cakera liut dan CD) boleh dimuat, dilaksana dan mengambil alih komputer tersebut. Proses ini dikenali sebagai but (booting up).BIOS juga boleh dikatakan sebagai atur cara berkod yang dibenamkan dalm suatu cip yang mengenali dan mengawal papan induk serta pelbagai peranti komputer.
JENIS-JENIS BIOS
- AMI BIOS
- PHOENIX
- DTR
- MR
- QUADTEL
CARA MEMASUKI RUANGAN BIOS
Pada umumnya anda dapat menekan salah satu diantara kekunci
dari: F1, F2, Del, Esc, F10 atau F12 pada keyboard ketika pada saat melakukan booting (skrin hitam pada saat komputer pertama kali dinyalakan).